
Sulit
4 tahun
Kencing manis masa mengndung 5.1
Hii sye zida…sye ibu mengandung 5bulan…minggu lepas ada minum gula.
Ujian minum gula 5.1…teruk ke doktor?..sebab sye kene buat setiap hari chek kencing manis 4 kli…Apa patut saye lakukan untuk hilang kencing manis bila mengandung nihh???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kami kurang pasti bacaan 5.1 tersebut merujuk pada sebelum atau selepas minuman larutan gula tersebut. Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui keadaan anda.
Untuk pengetahuan anda, kencing manis semasa mengandung ataupun gestational diabetes mellitus merupakan keadaan di mana wanita yang sihat sebelumnya mengalami kencing manis ketika mengandung dan keadaan ini boleh pulih setelah melahirkan anak ataupun ia boleh berterusan menjadi kencing manis. Buat masa ini, tiada rawatan atau penawar untuk kencing manis semasa mengandung. Anda perlu mengawal pengambilan makanan atau menggunakan ubat-ubatan sebagai langkah untuk mengawal kandungan gula di dalam darah kerana kandungan gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan kesan buruk terhadap ibu dan kandungannya.
Saranan kami adalah anda perlu mematuhi segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh doktor atau jururawat yang memeriksa anda dan sentiasa patuh pada tarikh janji temu yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.