
Anonymous
5 tahun
Kencing manis(mati pucuk)
suami sy ada kencing manis,sekarang ni suami sy mengalami masalah zakar tidak dapat menegang…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala mati pucuk adalah antara permasalahan yang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit kencing manis. Selain daripada kencing manis, mati pucuk juga boleh berpunca disebabkan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kecederaan pada zakar serta masalah psikologi. Antara langkah-langkah mengatasi masalah ini adalah dengan mengawal penyakit kronik seperti diabetes, berhenti merokok, amalkan senaman sentiasa dan juga ubatan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.