Sulit
3 tahun
Kencing manis selepas bersalin
Saya wanita dalam 20’an. Saya ibu yang menyusukan anak. Saya mengalami gdm semasa hamil. Selepas 6 minggu bersalin, saya ada melakukan ujian gula dalam darah & ternyata saya ada kencing manis tahap 2. Saya sudah 2 minggu mula mengambil pil metformin. Saya perhatikan susu badan saya kurang sejak pengambilan pil ini. Bagaimana cara saya untuk tetap menyusukan anak secara berterusan sehingga dia berusia 2 tahun?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara dan kaedah semula jadi yang boleh digunapakai untuk meningkatkan jumlah susu badan untuk penyusuan kepada bayi puan, iaitu:
- Amalkan penyusuan bayi sekerap yang boleh. Ini akan membantu dari segi penghasilan susu badan yang dipengaruhi ketika bayi anda tengah mengucup puting anda.
- Lakukan pam (urut) atau beri tekanan pada payudara anda sebelum memulakan penyusuan rutin kepada bayi anda
- Berikan penyusaan menggunakan kedua-dua belah payudara
- Amalkan pemakanan yang sihat. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan lemak omega-3 seperti oatmeal.
- Tingkatkan pemakanan yang mengandungi vitamin tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda juga boleh mencuba pemakanan seperti bawang putih, halia, fenugreek, dan spirulina. Sup ayam kunyit juga dikatakan boleh membantu dalam memberi tenaga untuk penyusuan
- Terdapat juga makanan yang khas untuk penyusuan bayi seperti lactation cookies , lactation omelette , lactation smoothie and yogurt .
- Kurangkan gejala stress dan juga cukupkan waktu rehat dan tidur.
- Kawal tekanan darah yang tinggi dan kurangkan merokok atau meminum alkohol.
- Elakkan daripada ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat atau preskripsi yang sah daripada doktor sakit puan anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.