Sulit
4 tahun
Kencing manis tahap 2
Hai… saya penghidapkencing manis tahap 2… saya ingin bertanya, bolehkan saya mengambil supplement seperti jamu untuk wanita?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi pesakit kencing manis mahupun orang yang sihat, mereka tidak digalakkan menggunakan sebarang jamu. Hal ini kerana kebanyakkan jamu yang dijual tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan berkemungkinan mempunyai bahan terlarang seperti steroid yang boleh memburukkan lagi penyakit kencing manis anda. Sekiranya anda mempunyai masalah atau penyakit berkaitan wanita, anda perlulah merujuk kepada doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan selamat. Sekian