
Sulit
4 tahun
Kencing masih keluar selepas membuang air kencing
Saya berusia 18 thn…setiap kali saya membuang air kecil masih terdapat air kencing yg masih keluar…apakah punca dan cara merawat pneyakit ini??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala air kencing yang keluar atau menitik setelah selesai membuang air kecil boleh disebabkan oleh kondisi yang serius ataupun ia boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti umur dan sebagainya. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh menjelaskan masalah anda:
- Diverticulum salur kencing
- Keradangan prostat (Prostatitis)
- Pembedahan prostat
- Berat badan terlalu berat.
- Masalah pengsarafan pundi kencing
- Mengangkat barang berat yang melampau
- Batuk yang teruk atau terlalu lama
- Masalah atau penyakit yang boleh menggangu tekanan abdomen.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya masalah anda semakin teruk dan susah dikawal. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.