
Anonymous
5 tahun
Kencing pedih dan keluar cecair putih
Saya berumur 27. Lelaki. 2 3 hari ni. Zakat saya terasa gatal pada pundi kencing. Apa bila kencing ia akan berada gatal dan. Kadang2 ada cecair putih akan keluar melalui zakar. Ia seakan air putih tapi bukan mani.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda alami. Untuk makluman anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.