
Sulit
4 tahun
Kencing pedih dan keluar keputihan sehari selepas hubungan intim dgn isteri
doc, saya mempunyai masalah kencing pedih dan keluar keputihan sehari selepas berhubungan intim dengan isteri. isteri baru saja habiskan ubat untuk keputihan dalam masa 7 hari. dalam masa yang sama, saya tidak bersama isteri selama 2 minggu atas urusan kerja luar kawasan bandar. adakah ini boleh menyebabkan terjangkit dengan masalah isteri saya atau sebaliknya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing pedih dan keluar keputihan sehari selepas hubungan intim dengan isteri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda dan berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala kencing pedih yang anda hadapi:
- Trauma pada bahagian saluran kencing anda
- Jangkitan pada saluran kencing. Mungkin tahap kecederaan anda selepas kemalangan menyebabkan anda sukar ke tandas dan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan
- Batu karang atau batu di dalam pundi kencing
- Masalah pada prostat sama ada tercedera atau bengkak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Jangan biarkan penyakit kelamin menghantui anda ! Dapatkan nasihat pakar yang bertauliah