anipj40
6 tahun
Kencing pedih kluar nanah
Ubat apa yang boleh dirawat Dan dimana nak dapati
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Mengenai masalah kencing pedih dan keluar nanah ini, tiada satu ubat yang boleh merawat kesemua punca sakit ketika kencing. Ubat atau rawatan bagi kencing pedih perlu diberikan mengikut diagnosisnya samada jangkitan kuman, batu karang, penyakit kelamin, kecederaan alat sulit ataupun alahan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































