
Sulit
4 tahun
Kencing pedih selepas pakai tiub kencing
Saya baru sahaja balik / discharge wad di hospital akibat accident. Saya dipaksa memakai tiub kencing ketika diwad… selepas dah pulih dan tidak lagi memaki tiub kencing, saya mengalami pedih ketika hendak kencing, duration untuk baik pulih pedih ni agak berape lama ye? Ada cara alternatif lain macam ubat-ubatan untuk hilangkan pedih ketika kencing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Kecederaan pada salur kencing zakar
- Penyempitan salur kencing (urethral stricture)
- Radang prostat (prostatitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan berapa tempoh yang diperlukan untuk sembuh kerana beberapa faktor perlu diambil kira dan ia juga berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Jangan lengahkan waktu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah ini:
- Demam
- Perasaan seperti tidak puas membuang air kecil
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Aliran air kencing perlahan
- Sakit perut atau sakit di kawasan ari-ari
- Air kencing bercampur nanah dan darah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.