Anonymous
7 tahun
Kencing pedih sewaktu membuang air kecil
Saya merasa pedih sewaktu membuang air kecil di bahagian salur kemaluan (bukan di kawasan pundi kencing). Di kepala kemaluan menjadi sedikit kemerah-merahan seperti radang. Jika tidak kencing, ia tidaklah pedih (biasa saja). Disebabkan itu saya jadi agak fobia untuk membuang air kecil sebab risau rasa pedih itu datang semula. Ini sudah berlaku dalam 2-3 hari dan nampaknya makin sakit.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kesakitan yang dialami pada bahagian kepala bahagian sulit anda mungkin disebabkan oleh radang kerana terdapat jangkitan pada saluran kencing anda. Sekiranya anda mempunyai jangkitan saluran kencing, doktor juga perlu membuat ujian kencing untuk menentukan kumannya sebelum memberikan ubatan yang sesuai.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.


































