iman.digitaldurian
7 tahun
Kencing pediih selepas melancap
Saya berumur 27 tahun dan saya bekerja. Saya mula rasa kencing pedih selepas saya melancap. Before this takde rasa macam ni. Kali ini bila saya kencing terasa sangat pedih dan bila lepas kencing pedih tersebut hilang dengan perlahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala kencing pedih yang anda hadapi:
- Kecederaan pada zakar atau saluran kencing disebabkan aktiviti melancap yang anda lakukan mungkin dengan cara yang salah seperti terlalu kasar atau tidak menggunakan pelincir
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan pada saluran kencing
- Saluran kencing tersumbat akibat batu karang dan sebagainya
- Benign Prostatic Hyperplasia boleh menyebabkan kencing pedih akibat tersumbat, biasanya berlaku dalam kalangan lelaki berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































