
Sulit
5 tahun
Kencing & rasa sejuk dan kebas di kaki
Salam. Saya wanita dalam berumur 24 tahun.
Pertama, Sejak satu minggu yang lepas, saya mengalami masalah kerap ingin membuang air kecil. Namun kadang2 bila sudah berada di toilet, tiada apa2 yang keluar. Sering rasa terkucil. Adakah ini kesan daripada saya sering menahan air kecil sblm ini?
Dan yang kedua, sejak 2 minggu yang lepas saya merasakan bahagian kaki saya berasa sejuk walaupun tidak menggunakan kipas terutamanya di bahagian betis sehingga ke tapak kaki malah ada satu hari tu saya terbangun ingin ke tandas, semasa berpijak ke lantai saya tidak dapat merasakan kaki saya disebabkan kebas. Dan kadang kala ada rasa seperti mencucuk2 disebabkan sejuk.
Apakah masalah yg saya hadapi doctor? Dan apakah yang perlu saya lakukan kerana kekangan masa saya sibuk bekerja susah untuk saya membuat pertemuan di klinik. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Kehamilan
- Batu karang pada salur kencing
Bagi masalah sakit akibat sejuk boleh disebabkan beberapa faktor:
- Salur darah terjejas kerana penyakit Autoimun
- Kencing manis
- Masalah saraf
- Multiple Sclerosis
- Reynauld
Sekiranya masalah anda berlanjutan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.