nmaisarah850
6 tahun
Kencing saya seperti perlahan dan menitis selepas selesai kencing
Saya nak tahu berapa saat ataupun minit yang diambil untuk selesai kencing? Sebab sya rasa mcm kencing saya sedikit perlahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin menghadapi masalah incontinence. Biasanya wanita mudah menghidap masalah yang dinamakan “incontinence”. Iaitu masalah tidak dapat menahan kencing. Terdapat pelbagai jenis incontinence dan pelbagai punca boleh menyebabkan masalah ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah ini, maklumat lanjut daripada pihak anda serta pemeriksaan dan beberapa ujian juga mungkin diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































