
Sulit
4 tahun
Kencing seperti biasa tetapi darah keluar dan membuatkan pundi kencing saya sakit
Saya wanita , sejak kebelakangan ini saya kencing seperti biasa tetapi keluar darah dan pundi kencing saya sakit bila darah tu keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing yang anda hadapi. Untuk makluman anda, air kencing berdarah atau berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh sel darah merah. Terdapat beberapa penyebab lain. Antaranya ialah:
- Hemophilia
- Ketulan darah dalam buah pinggang
- Penggunaan ubat cair darah (seperti aspirin atau warfarin)
- Sickle cell disease
- Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)
Darah yang kelihatan ia berada dalam air kencing mungkin juga boleh datang dari punca yang lain , contohnya:
- Vagina (bagi perempuan)
- Ejakulasi , selalunya disebabkan oleh masalah prostat (bagi lelaki)
- Pergerakan usus (berak berdarah)
Tidak kurang juga, kemungkinan besar penyebab masalah seperti yang anda nyatakan di atas ialah jangkitan terhadap bahagian buah pinggang dan sistem saluran kencing. Namun begitu, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, maklumat terperinci daripada anda dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat menjalankan ujian terhadap air kencing anda dan memberikan rawatan yang sempurna. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius jika tidak diberikan rawatan dengan segera. Kencing berdarah juga boleh disebabkan oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengan sistem saluran kencing dan ia boleh jadi sesuatu yang normal atau tidak normal.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih