
Anonymous
6 tahun
Kencing tak lawas dan masalah keputihan
Saya wanita berumur 23tahun, belum berkahwin. saya memang sentiasa kencing setiap kali mahu solat kerana saya sering mengalami keputihan yang banyak sebelum datang haid antara seminggu ke dua minggu. Namun, sejak beberapa hari ni, saya perasan yang saya sentiasa perlu ke tandas lebih kurang 2jam sekali untuk kencing. Air keluar hanya sikit-sikit. Dan adakalanya, ketika mahu buang air besar, setiap kali meneran, keluar air kencing saja, dan sentiasa mengalir stiap kali meneran. Contoh dalam tempoh 20 minit saya berada dalam tandas, hanya air kencing yang keluar … Hari ini saja, baru jam 9 pagi sudah 5 ke 6 kali saya ke tandas untuk kencing. Adakah saya mungkin mengalami apa-apa masalah? Yang kedua, setelah seminggu lebih saya suci haid, tiba2 kadang lepas buang air kecil, semasa saya cuci faraj, ada air mazi yang berwarna coklat akan keluar.seolah2 period. Adakah itu tanda faraj dalaman saya bermasalah atau tidak bersih? Harap doktor dpt membantu saya. Terimakasih doktor .

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, anda mungkin mengalami masalah dengan pundi kencing, saluran kencing atau buah pinggang anda. Antara penyebab kerap kencing adalah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Bagi masalah keputihan anda pula, keputihan yang banyak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kandida atau yis
- Jangkitan penyakit kelamin lain
- Bacterial vaginosis
- Radang faraj
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.