
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas dan rasa tak selesa di bahagian testis
Saya lelaki 20 an, testis saya rasa tak selesa selepas buang air kecil, sebelum ini saya ada melakukan onani, testis rasa macam ada masalah ketika kecing, lepas kencing testis jadi mcm bengkak tapi tk sakit, macam tk normal mcm dulu, testis saya jadi stay tk kecut, bila kecing urat keluar, lepas itu saya tengok dia mcm kebas dan nampak urat, mcm bengkak lah jugak sebb dia tk kecut dekt bahagian bawah kepala tu, saraf saya dah rosak ke doctor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah anda, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.