
Sulit
4 tahun
Kencing Tak Lawas dan sakit sekitar pinggang belakang
Hi doctor. Saya perempuan bujang berumur 24tahun. Saya kerap kena kencing tak lawas sejak tahun 2016 sehingga kini. Saya bukan jenis suka tahan kencing lama². Pada mulanya doktor dari klinik cuma bagi ubat dalam bentuk sachet tapi kurang berkesan. Baru² ini doktor bagi ubat Uroxate 100mg & antibiotics Norfloxocin 400mg dan berkesan. Bagi pengetahuan doktor, saya terlalu sensitif bahagian belakang badan, sekitar kawasan pinggang. Adakah kes saya semakin teruk dan memerlukan pemeriksaan lanjut atau tidak?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Umumnya kencing tidak lawas dan sakit sekitar pinggang boleh disebabkan oleh
- gangguan saraf
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- trauma
- gejala awal kencing manis
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular & buah pinggang
- penyakit batu karang
- dan lain-lain
Walau bagaimanapun kami menasihatkan anda untuk meneruskan dengan pelan pengubatan yang telah ditentukan oleh doktor yang merawat. Sekiranya anda masih berasa was-was dengan ketentuan yang dibuat, saya juga menyaranakan anda agar berbincang kembali dengan doktor tersebut, agar penjelasan yang lebih baik dapat diberikan. Sememangnya doktor yang terbaik untuk memberikan preskripsi ubat adalah doktor yang telah bersemuka dengan pasien secara fizikal.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.