
amieraheifa98
2 tahun
Kencing tak lawas dan sukar menahan lama air kencing jika mula terasa
Saya wanita umur 21 tahun. Saya mula sedar sejak kebelakangan ini apabila saya terasa ingin buang air kecil, hanya boleh bertahan selama 10 minit sahaja untuk ke tandas. Risikonya sama ada sempat atau mungkin terlepas. Dan apabila buang air kecil pula, mengambil masa yg lama kerana apabila saya sudah membuang air kecil, pundi saya rasa tidak selesa seperti ada lagi air yg ingin keluar sehingga saya memaksanya untuk keluar setiap kali selepas membuang air kecil. Bukan hanya sekali sahaja saya memaksa untuk air itu dikeluarkan lagi, malah 3 hingga 4 kali saya memaksa bagi betul2 habis keluar. Baru rasa betul2 kosong sehingga sakit kerana memaksa beberapa kali setiap kali membuang air kecil. Dan lagi satu masalah, setiap kali buang air kecil akan ada lendir yg keluar dan kadang2 lendir itu berupa gumpalan2 solid yg keluar semasa atau selepas membuang air kecil. Apakah masalah saya doktor? Dan apakah cara untuk saya merawat masalah saya supaya saya dapat kembali membuang air seperti normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kencing yang anda alami. Antara kemungkinan penyebab gejala-gejala yang anda alami adalah:
- Jangkitan pada saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Radang pundi kencing
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.