
Sulit
5 tahun
Kencing Tak Lawas / IUD
Sy berumur 33thn…period day ke 5 iaitu 4/11/19…sy ada buat pemasangan IUD…jenis biasa yg tiada hormon.(paragard)
Sebelum ini sy tidak mengalami sebarang masalah berkenaan kencing tak lawas…adakah pemasangan iud menyebab kan punci kencing sy mengalami gangguan.
Rasa sedikit ngilu selepas menbuang air
Pundi kosong tapi rasa nak kencing sangat…
Darah msh ada sedikit selepas pemasangan.
Tq doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah kesan sampingan penggunaan IUD:
- perubahan pendarahan haid
- tempoh yang menyakitkan
- pendarahan pada bulan pertama penggunaan
Sementara itu, risiko yang terkait dengan menggunakan IUD termasuklah:
- IUD boleh keluar dari rahim, melalui dinding rahim semasa penempatan. Ini biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan utama, tetapi IUD perlu dikeluarkan.
- Penyakit keradangan pelvik (PID)
- Wanita dengan STI (penyakit jangkitan seksual) yang tidak didiagnosis pada masa pemasangan IUD lebih cenderung untuk terkena PID
- Jarang sekali, kehamilan mungkin berlaku semasa seorang wanita menggunakan IUD. Sekiranya kehamilan berlaku, dan anda ingin meneruskan kehamilan, IUD perlu dikeluarkan kerana terdapat peningkatan risiko keguguran, jangkitan dan kehamilan ektopik.
Merujuk kepada sakit sewaktu buang air kecil, ia dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti jangkitan, batu karang dan sebagainya. Justeru, oleh kerana ia tidak berkaitan dengan IUD, dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari keluhan anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.