
hannashahrl
5 tahun
Kencing tak lawas selama 2 hari
salam sejahtera. saya wanita berumur 24 tahun baru berkahwin 3 bulan lepas dan menjalani hubungan jarak jauh bersama suami. baru2 ni saya kembali bertemu suami, setelah dua hari bersama, saya dapati saya mengalami masalah kencing di mana setiap kali saya kencing, saya rasakan ketegangan di pundi kencing. selain itu, air kencing saya berwarna coklat dan terdapat sedikit darah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.