
Anonymous
6 tahun
Kencing tak lawas sudah seminggu
Hi, nama saya memey berumur 25 tahun… kebelakangan ni…saya tiba2 asyik kencing tak lawas…tak tahu sebab apa? Tak tahu nak refer kat mana sebab ada google…ada cuba tips tu juga…mcm minum air barli suam atau tekan bahagian bawah pusat 10 saat…tapi still ada rasa nak kencing tapi sikit je yg kua…mcm mana nak atasi masalag ni…ada kena mngena ke dgn peranakan jatuh? Sbb sebelum ni…sya kerja hotel selalu angkat tepung berat2…sebab masa tu takde staff lelaki…so saya gagahkan diri utk angkat…dan dlm tahun ni juga saya ada berurut dgn bidan dan dia cakap saya punya peranaakan jatuh…jadi saya mcm tak paham…saya belum kawin…dan ada google…juga sebab ni…ada antara artikel cakap…maybe di sebabkan angkat berat mnyebablan saluran kencing trsekat…mohon beri pnjelasan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah anda, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.