
Sulit
4 tahun
Kencing Tak Lawas & terasa nak terkencing
Saya selalu kerap nak terasa terkencing…ubat yang mana sesuai utk saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anda. Sebaiknya disebabkan anda telah lama mengalami masalah ini, sebaiknya dia dirujuk kepada doktor dan menjalani pemeriksaan. Masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Anda boleh ke klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta terdekat, sekiranya perlu , anda akan dirujuk kepada pakar. Anda juga boleh terus membawanya berjumpa pakar di hospital swasta sekiranya berkemampuan.
Untuk mendapatkan rawatan dan jenis ubatan yang tepat, pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Oleh itu kami menyarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih