
liza_amk
2 tahun
Kencing tak lawas,warna Najis warna hijau,
Salam doctor,saya Sudan 4 hari kencing tak lawas Dan belum ke klinik…Dan hr ke 4 sy dapati najis saya berwarna hijau,Dan Bahagian Virgina saya gatal,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara penyebab najis berwarna hijau atau abnormal adalah seperti keracunan makanan, ketidak hadaman sayuran, masalah hempedu atau kesan ubat. Manakala gejala kencing tidak lawas serta kemaluan gatal boleh berpunca dari jangkitan kuman dari najis, jangkitan kulat seperti kandidiasis ataupun keputihan fisiologi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.