
Sulit
3 tahun
Kencing tidak lawas diikuti dengan darah dan pedih
Saya adalah wanita berumur 22 tahun yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berumur 3 taun…saya kerap mengalami kencing tidak lawas ,dan sakit sewaktu membuang air kencing . Setiap kali terjadi saya telah menerima 1 -ubat tahan sakit 2- antibiotik 3 ubat urix lawas kencing.tertapi kali ini terjadi kencing tidak lawas diikuti dengan kencing berdarah dan rasa pedih .walau dalam tempoh ini saya telah melalui masa haid seminggu yang lalu…darah apa ka itu …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kencing tidak lawas, berdarah dan pedih. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing berdarah adalah sesuatu yang membimbangkan. Ia boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Jangkitan saluran, pundi kecing atau buah pinggang
- Batu karang
- Kecederaan saluran kencing
- Masalah buah pinggang
Anda disarankan untuk segera merujuk masalah ini kepada doktor kerana jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah lebih serius.
Anda boleh hubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.