Sulit
3 tahun
Kencing tidak puas terutamanya pada waktu malam
Saya lelaki berumur 18 saya baru saja mengalami masalah ini dan pada waktu malam setiap kali kencing saya masih merasakan yang air kencing itu masih ada dan ketika saya masuk ke tandas pula ia tidak mahu keluar bolehkah doktor beritahu apakah masalah saya yang sebenarnya dan apakah cara2 untuk merawat masalah ini
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang anda alami. Masalah kencing tidak lawas atau tidak puas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih