Sulit
2 tahun
Kencing x lawas serta sakit di tulang vagina
Salam doc,Saya rasa kencing x lawas semenjak dua ini.Seterusnya saya juga berasa tidak selesa selepas membuang air kecil.Saya juga kadang kadang sakit dia bahagian tulang miss vagina.Apakah masalah yg saya hadapi dan cara untuk mengatasi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, saya memahami bahawa anda ada masalah kencing tidak lawas selama dan sakit di pundi kencing selama 2 minggu. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh eerapa perkara seperti :
- Masalah kencing kotor
- Pundi kencing hipotonik
- Prolapse pundi kencing
- Jangkitan pada saluran air kencing
Untuk memberi diagnosis jelas, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk memberi sejarah penyakit, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang sepatutnya. Saya sarankan anda merujuk kepada doktor mengemai perkara ini supaya rawatan tepat boleh diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.