Anonymous
6 tahun
Kencing yang tidak lawas
Saya lelaki berusia 21 tahun mngalami masalah kencing xlawas. Saya berasa tidak selesa ketika sedang bekerja kerana asyik ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Tapi bila sy mmbuang air kecil, sikit saja air kencing yg tkeluar. Dia x macam sblm ni. Air kencing lawas je kluar kalau rasa nak kencing. Skrg ni kadang2 laju kluar. Kadang2 mnitik2 je. Lepas buang air kecil, trasa mcm ada isi lg dalam pundi. Tapi xnak kluar dh air kencing. Ada x ubat untuk pnyakit ni?
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca kencing tak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































