Anonymous
6 tahun
Kentut mengeluarkan minyak
Salam doktor…saya seorang wanita berumur 30an. Saya ingin bertanya adakah normal apabila kentut mengeluarkan minyak yang berwarna oren? Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kadang kala apabila terkentut, terdapat keadaan najis atau lendiran di dalam dubur akan terkeluar terutamanya ketika sistem pencernaan mengalami masalah seperti cirit birit. Kadang kala najis boleh jadi lebih berminyak akibat pemakanan.
Sekiranya masalah ini berlarutan atau terdapat gejala lain seperti sakit perut, cirit birit, kembung, kurang selera makan atau muntah, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




































