Sulit
6 tahun
Kentut vagina terlalu kerap
Saya nak tanya sya umur 21 tahun n belum lagi berkahwin,sy kerap berlaku kentut vagina ni,adakah ia bahaya ?adakah ia disebabkan rahim?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- normal sekiranya selepas beriadah, meregangkan pinggul
- mengandung
- selepas berhubungan intim
- fistula faraj yang boleh disebabkan radang usus dan sebagainya (bahaya)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































