
suhadah.udah
5 tahun
Kepala anak berkarak
Hii. Anak saya umur 1thun 2 bulan masih mempunyai karak di kepala… Anak pertama slalu mengupasnya… Apa cara supaya karak kpla budak saya hilang? Adakah itu bahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tetapi saya memerlukan lagi maklumat dari pihak puan mengenai maksud ‘berkarak’. Untuk makluman pihak anda, masalah kepala berkarak (mengikut kefahaman saya berdasarkan penerangan puan) ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kulat seperti tinea capitis
- masalah kelemumur berlebihan
- penyakit kulit
- jangkitan kuman dan bakteria pada kulit kepala
- tindakbalas alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.