
Sulit
4 tahun
Kepala berdenyut dan telinga
Kepala belah kanan berdenyut apabila tunduk dan bergerak . Telinga belah kanan saya juga berdenyut dan badan saya sentiasa rasa sejuk tetapi suhu saya normal. Kadng2 rasa loya dan rasa lemah. Kepala saya ada benjol dan sakit akibat terhentak dua kali. Adakah ini berpunca dari benjol tersebut? Apa patut saya buat untuk kurangkan sakit.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Disebabkan anda mempunyah sejarah hentakan di kepala, kemungkinan besar sebab kepada gejala yang anda alami adalah daripada hentakan tersebut. Namun begitu, sakit kepala secara amnya boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit kepala merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera kerana simptom sakit kepala anda disertai dengan rasa loya dan lemah badan dan supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar Neuro mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.