
Sulit
2 tahun
Kepala berlekuk bahagian belakang kepala
Saya wanita 20-an perasan yang belakang kepala saya berlekuk sejak 3 bulan lepas. Berat saya kira 104 kg & tggi saya hanya 155. Jadi saya anggap mungkin faktor kegemukan. Namun hari ini saya perasan yang lekukan tersebut macam bengkok sikit pada hujungnya. Tak sama mcm first time saya rasa. Saya pernah jahit bahagian belakang kepala akibat jatuh pada umur 5 tahun. lekukan tersebut keras namun dapat dipicit. X sakit bila dipicit cuma ad jerawat2 kecil bdekatan menyebabkan ianya sakit sedikit. Adakah inaya disebabkan faktor kegemukan yang menyebabkan lekukan berlemak atau masalah lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Carbuncle (benjolan bernanah, biasanya dengan pesakit kencing manis atau obesiti).
- Lemak yang berlebihan dan menyumbat glan-glan yang sedia ada dalam lapisan kulit.
- Luka yang hypertrophic (pembentukan tisu-tisu yang berlebihan di luka jahitan)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.