
Sulit
4 tahun
Kepala berpusing dan badan mengeletar
Saya berusia usia 77 tahun dan sering mengalami kepala berpusing dan badan mengeletar tidak bermaya. Saya juga ada membuat bacaan darah pada setiap 2-3 hari. BP saya tidak menentu jika kepala sakit sebelah kanan bacaan akan tinggi seperti 172/84 dan paras 2 hypertension. Saya juga mengambil ubat darah tinggi. Kesan ubat tu hanya bole kekal berkesan untuk 1@2 hari. Jejari tangan sehingga ke kaki juga akan berasa kebas2. Kulit saya juga kering tetapi saya telah minum kuantiti air yang banyak seperti 1-2 botol 500 ml/ jam. Apa pendapat Dr.tentang penyakit saya ni? Apa perlu dilakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kepala berpusing dan badan menggeketar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.