poppy_eka44
7 tahun
Kepala berpusing ketika bertukar posisi tidur
Hampir 2 tahun saya mengalami kepala berpusing ketika saya bergerak posisi tidur dari kanan ke kiri…tapi saya tidak berasa sakit kepala hanya kepala berpusing dan sekarang kerap berlaku…ketika berjumpa doc saya di beritahu itu adalah gastrik…
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Adakah anda maksudkan pening kepala atau rasa seperti objek sekeliling berpusing? Terdapat pelbagai sebab kepada permasalah ini seperti:
- Vertigo
- Kurang gua dalam darah
- Tekanan darah rendah dan sebagainya.
Permasalahan ini memerlukan konsultasi lanjut bagi mendapatkan lebih butiran bagi mengenalpasti punca sebenar. Berkenaan diagnosis gastrik yang diberikan doktor anda, pastinya beliau lebih arif kerana beliau lebih mengetahui butiran tentang permasalah anda.
Berjumpa dan berbincang kembali dengan doktor anda atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































