Sulit
4 tahun
Kepala berpusing, telinga kiri tidak dengar dan kerap muntah
Saya wanita berusia 21 tahun. Sejak bulan feb saya kerap sakit kepala dan sekali sekala kepala berpusing dan muntah. Telinga kiri juga kadang kala tidak dengar. Saya dah jumpa dr di hosp tetapi belum dihabiskan temujanji kerana pkp. Bulan april saya kerap muntah dan kepala berpusing. Telinga sebelah kiri juga kerap tidak dengar. Kenapa ya dr
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- ketumbuhan acoustic neuroma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.