
Sulit
4 tahun
Kepala gatal dan berair
Saya brumur 32thn.kulit saya tlalu kering,badan, tangan, kaki,tapi boleh dbendung lagi. Sekarang, ia mula melarat di kepala, sangat gatal. Apabila d garu, menjadi berair. Pada mula nya kering seperti kelemumur, kelamaan mnjadi gatal yg teramat sangat. Jdi kembang, luka, dan berair.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Atopic dermatitis
- Jangkitan kurap
- Jangkitan kulat
Anda disarankan untuk menjaga kebersihan diri sendiri dan rajin mencuci tangan selepas membuat sebarang aktiviti. Risiko untuk jangkitan kuman di kulit adalah tinggi jika anda tidak menjaga kebersihan diri sendiri. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ia mengganggu aktiviti seharian anda Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.