
Sulit
3 tahun
Kepala kebas dan lemah badan
Saya lelaki…saya sakit kepala seperti kebas pada area tepi muka kiri dan kanan beserta rahang dan lemah badan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sakit kepala seperti kebas pada kawasan tepi muka kanan dan kiri, rahang serta masalah lemah badan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah sakit kepala sedemikian lazimnya dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Kurang tidur atau rehat
- Dehidrasi
- Gangguan stress dan emosi
- Posisi ketika tidur
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor segera seperti:
- Sakit kepala yang melibatkan masalah saraf
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.