
semanmj
4 tahun
Kepala kerap berdengung
Saya lelaki berumur 36 tahun. Sejak dua minggu ini, saya sering mengalami masalah kepala berdengung. Bunyi dengung itu biasanya datang waktu sy hendak tidur atau apabila bangun awal pagi.
Bunyi itu sama seperti bunyi dengung mic yang rosak (lebih bass, bukan high pitch). Bunyi itu juga kebiasaannya mengikut pergerakan mata bila tutup atau buka. Ia berlaku agak lama jika di waktu malam dan hilang bila saya telah tidur, atau datang semua di waktu pagi setelah saya bangun dan hanya hilang bila saya fokus buat kerja lain.
Ketika berlaku, saya tidak pening kepala atau sakit telinga. Sy juga tidak sakit, tidak demam.
Saya tiada darah tinggi atau lain lain sakit.
Bila nak tidur (dalam pukul 11mlm) dan baru nak tutup mata, baru bunyi itu kadangkala datang.
Saya pening nak cari punca bunyi ni. Ia betul betul mengganggu tidur saya.
Harap doktor boleh bagitahu puncanya. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dikenali sebagai telinga berdengung atau “tinnitus” boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berlaku kepada warga emas akibat hilang upaya mendengar apabila umur semakin meningkat
- Sering terdedah kepada bunyi yang kuat seperti alatan pembinaan fasiliti atau penggunaan alat mainan muzik seperti iPods dan MP3 dengan volume yang kuat dalam jangka masa panjang
- Tahi telinga menyumbat saluran telinga
- Masalah pada tulang telinga
- Kebanyakan masalah tinnitus tidak dapat dikenal pasti puncanya
Untuk mengenal pasti punca anda, maklumat lanjut diperlukan pakar perubatan. Anda mungkin perlu menjalankan pemeriksaan audiometri apabila berjumpa doktor di hospital pakar. Buat sementara ini anda perlu kurangkan penggunaan earphone dan banyakkan mendengar “white noise” seperti bunyi angin atau kipas. Senaman, pemakanan yang sihat, tabiat tidur yang baik, mengelakkan merokok dan alkohol yang berlebihan, aktiviti rekreasi dan sosial, dan teknik pengurusan stress dapat membantu mencapai kesejahteraan yang optimum.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.