
Sulit
3 tahun
Kepala ketat rasa ketat
Kepala ketat rasa ketat dan rasa macam .umur sy 18ada benda bergerak gerak dalam kepala…kadang kadang rasa mcam nak hilang kesedaran

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala jenis tegang
- Sakit kepala jenis kluster
- Jangkitan di otak
- Tumor di otak
- Masalah saluran darah di otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor