
nurulnadiaabdmalik
5 tahun
Kepala kiri terasa lembut namun sakit apabila disentuh
Saya wanita berusia 23 tahun. Pada awalnya, saya berasa seperti kulit kepala bahagian kiri lembut namun, bila disentuh terasa sakit. Tetapi saya tidak mengalami pening, muntah mahupun loya. Cuma, saya sinus teruk semasa kepala saya terasa sakit ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- migrain
- sakit kepala cluster
- sakit kepala ketegangan.
Namun, sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Malah, sakit kepala seperti yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa hal seperti:
- jangkitan kulit kepala seperti kulat ataupun bakteria
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- tumor otak
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.