
noorsuriani26.ns57
2 tahun
Kepala lebih berpeluh dari badan
Hello doktor… Saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin… Saya mempunyai masalah kepala yang kuat berpeluh walaupun di tempat berhawa dingin… Yang paling membimbangkan saya… Apabila saya melakukan aktiviti bersenam, badan saya kurang berpeluh tapi kepala berpeluh teruk sehingga kolar baju saya basah… Dan walaupun saya hanya berjalan sebentar ke tempat yang tiada kipas angin atau aircond seperti dapur, kepala saya berpeluh seperti saya melakukan aktiviti senaman… Saya buntu… Tolong saya… Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan
Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:
Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas
Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.