
morjhan
5 tahun
Kepala masih pening selepas rawatan mini strok
Hi Doktor…
Adakah normal “kepala pening” walaupun telah mendapatan rawatan strok? Saya risau keadaan ini akan terus memudaratkan ayah saya. Apakah langkah yang harus diambil bagi mempercepatkan rawatan “kepala pening” tersebut? Terima kasih!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala sakit kepala dan pening adalah dua simptom yang berlainan dari segi definisinya. Bagi pesakit strok, gejala sakit kepala adalah antara simptom awal yang sering dilaporkan dan hal ini boleh disebabkan kerana:
- Tekanan darah yang tinggi selepas strok (mekanisma badan dalam memberikan darah mencukupi ke otak)
- Ketidak-seimbangan elektrolit badan ke otak
- Pendarahan dalaman otak
Manakala gejala pening kepala selepas strok boleh berpunca kerana masalah saraf kranial vetibulo-koklear ataupun pada pusat saraf tersebut. Gejala ini selalunya diberitahu oleh pesakit sebagai “kepala atau kawasan sekeliling berpusing-pusing”.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.