
cthaza257
5 tahun
Kepala masih sakit selepas kemalangan
hai saya wanita dan brumur 22 . saya pernah accident pada bulan 2 tahun 2019. waktu accident tu kepala saya bahagian kanan terhentak kt jalan raya but just bengkak dan darah sikit. and now bahagian kepala saya belah kanan bekas accident tu tetiba sakit balik. sakit yg mencucuk cucuk. apa perlu saya buat ye ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti coklat, keju, kafein dan cuaca
- Pendarahan semula dalam kepala
- Jangkitan kuman - apabila berlaku trauma di bahagian kepala, jangkitan dalam kepala juga mudah berlaku
- Tekanan darah tinggi
- Anemia (kurang sel darah merah)
Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital bagi pemeriksaan lanjut sekiranya anda berasa sakit kepala yang anda alami lain dari sebelumnya serta mempunyai gejala seperti pengsan, lemah badan, sakit tengkuk serta demam panas. Sekian