projinggo
3 tahun
Kepala pening dan pusing
salam sejahtera. saya berusia 42 tahun. kerap pening kepala/pusing. disertai dgn tegang urat/otot leher…
saya perasan masalah sy hadir bila otot/urat tengkuk sy tegang. lalu kepala sy akan pening2 dan seakan pusing. tapi tidak lah terlalu kritikal. tekakan darah saya buat masa ni adalah 138-140…
terima kasih doc
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pening kepala ini boleh disebabkan:
- Hipotensi postural - disebabkan penurunan tekanan darah yang cepat ketika mengubah posisi badan
- Anemia - kurang sel darah merah
- Sensitif sinus karotid - saraf dileher yang terlebih sensitif disebabkan oleh pergerakan/tekanan pada leher
- Vertigo benign
- Kurang gula
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































