
keaiatim90
5 tahun
Kepala Pening Kiri dan Kanan Berterusan
Seminggu yang lepas, doktor ada memberikan ubat jenis Predisolone bagi merawat penyakit asma yang saya hidapi. Soalan saya, adakah kesan ubat tersebut yang menyebabkan kepala saya sakit dikiri dan kanan? Disamping sakit kepala rasa mau pitam, sakit dada terutama pedih ulu hati@tengah dada juga terasa. Sakit kepala ini juga tidak pandai reda walaupun saya ada ambil ubat tahan sakit@Paracetamol. Jika disebabkan kesan Predisolone, sampai bila kesan ubat tersebut memberikan kesan kepada sakit kepala saya dan saranan doktor jika simptom tersebut berterusan. Atau doktor merasakan keadaan ini disebabkan oleh lain penyakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya ubat Prednisolone mempunyai beberapa kesan sampingan iaitu:
Berat badan bertambah
Paras gula dalam darah meningkat
Tekanan darah meningkat
Penakungan air berlebihan dalam badan (“oedema”)
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.Antaranya
Migrain
Sinusitis
Sakit kepala kluster
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih