
Sulit
4 tahun
Kepala rasa berat, dada tak selesa
Saya perempuan20an, saya nak tanya kenapa lately ni saya rasa kepala saya berat je tapi tak pening, lepastu jantung saya sometimes dia macam tiba tiba macam tersenak. Badan saya macam tak berapa selesa. Saya start rasa benda ni dah 3 hari termasuk harini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda alami seperti:
- ketegangan otot kepala dan tengkuk
- kecederaan pada kepala
- terlalu letih akibat penyakit anemia, dehidrasi atau masalah jantung
- keresahan
- migrain
- alahan
- jangkitan resdung
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.