
Sulit
4 tahun
Kepala rasa kebas dan mcm semut gigit
Hi dr , saya perempuan berusia 24, tahun dan masih belajar.
Sebelah kepala saya belah kanan sering rasa mcm gigitan semut , kebas kepala. Dan membuatkan saya rasa ngntk dgn tiba tiba.
Saya juga tak selesa bila berada dalam kelas sebab cahaya screen. Ia membuatkan mata saya rasa tak selesa. Mata saya jugak rasa tak berapa nak nampak sebelah kanan walaupun dah pakai spec. Risau terjadi mata malas.
Adakah ini disebabkan oleh masalah mata? Atau sakit kepala disebabkan benda lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dikategorikan sebagai sakit kepala dan ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress dan emosi
- Kurang rehat atau tidur
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti rabun mata, sinusitis atau trauma.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mengetahui punca sebenar masalah ini perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.