
Anonymous
6 tahun
Kepala rasa melayang
Saya wanita 20an. Saya mengalami rasa kepala melayang seperti baru lepas bermain pusing laju2. Perkara ini terjadi semasa saya tidur ketika hendak mengiringkan badan. Ketika hendak menukar posisi badan saya berada dalam keadaan mamai dan merasa kepala saya melayang. Begitu juga semasa saya mencuci muka, saya menutup mata dan merasakan kepala saya melayang. Mengapa ya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat 2 kategori kepada masalah ini iaitu:
- Vertigo periferi
- Vertigo berpusat
Tiga penyebab utama masalah ini adalah vertigo periferi iaitu:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo(BPPV): Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal
- Menieres’s disease : Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan
- Acute peripheral vestibulopathy(APV) adalah keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah ini
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.