Anonymous
6 tahun
Kepala rasa tertekan sebelah kanan
Saya wanita berumur 28tahun, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil juga suri rumah sepenuh masa. Baru-baru ni saya sering sakit kepala bahagian kanan sehingga buat saya pening, tak boleh tidur malam, bila tunduk rasa tertekan. Saya memang jarang nak ambil ubat kecuali kalau betul-betul sakit. Tapi da tiga hari berturut kepala masih sakit sampai rasa mata sebelah kanan juga berdenyut walaupun dah makan ubat. Kalau tidur pun bangun masih terasa sakit. Adakah itu migrand doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala boleh disebabkan:
- Migrain - disertai dengan gejala lain seperti sakit perut dan lain-lain
- Perubahan hormon - Sindrom Pra-menstruasi
- Kesan ubat pil perancang
- Kehamilan
- Jangkitan pada selaput otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































