Sulit
5 tahun
Kepala sakit di bahagian belakang kerana hentakan. Rasa sakit sudah berlanjutan selama 3 hari
Saya wanita berumur 19 tahun. Kepala saya terhantuk dan benjol di bahagian belakang sebelah kiri. Benjol dah 3 hari dan masih sakit. Di bahagian yang sakit tu terasa berdenyut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, saya sarankan anda ke klinik dengan segera jika anda mengalami simptom ini:
- pengsan
- pening
- tidak dapat mengenal pasti waktu, tempat dan orang
- keluaran cecair daripada hidung
- sakit kepala berpanjangan
- mata sukar untuk fokus
- muntah
- kehilangan kekuatan otot
- sawan
Doktor akan memeriksa dulu fungsi saraf anda dan memeriksa dengan lebih teliti jika anda memerlukan CT scan ataupun MRI.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































